Banner created with MyBannerMaker.com

Wednesday, 9 November 2011

modifikasi impian

gambar yang telah di edit

begini lah rupanya modifikasi yang aku nak buat dekat saga ni.
ada yang kata tak cantik dan ada yang kata 'wow',tapi aku tak kisah dah apa orang lain cakap,asalkan bagi aku kereta ni aku berjaya ubah.

setakat ni progress modifikasi ni baru je 15% siap dan aku jangka lagi 3 tahun baru la siap(bajet ciput)....hehehehe
gambar asli

Wednesday, 14 September 2011

I LOVE MALAYSIA

Video ni dibuat khas oleh MATHLUFI yang memang terkenal la dengan pelbagai video beliau yang sempoi...tapi banyak-banyak video,ni la video yang berjaya buat aku terharu jadi seorang anak MALAYSIA

so,enjoy:)....sayangi la negara anda

Thursday, 8 September 2011

adakah ini myvi extreme baru??



Jika berdasarkan apa yang dapat ketahui aku,inilah dia model perodua myvi extreme yang sedang menunggu untuk dipasarkan pada bulan ini.
berdasarkan pemerhatian aku,kereta ini  memang boleh aku kategorikan dalam kelas yang bapak rugged la...dengan dilengkapi bodykit penuh serta warna menyerlah macam ini.Dijangka myvi ini  akan mula dijual pada bulan ini dalam harga lingkungan rm60 000.


TAPI YANG AKU TAK BERAPA BERKENAN DENGAN KERETA INI SEBAB SPORTRIM DIA AKU TENGOK MACAM BERSAIZ TERLAMPAU KECIL!!!kalau besar mesti cun gile.


source:http://paultan.org/2011/09/08/its-not-called-se-perodua-myvi-extreme-1-5-spotted/

Saturday, 3 September 2011

5 sebab MITSUBISHI EVO menjadi dambaan

Bagi jejaka macam aku ni mesti ada impian nak beli kereta sport/sukan kan?


Ini contoh kereta yang sering disebut ramai....MITSUBISHI LANCER EVOLUTION


apa yang istimewanya kereta jenis ini?adakah mampu terbang seperti kereta lotus dalam cerita james bond tu?

ini adalah pandangan aku kenapa kereta ini jadik idaman:

1)walaupun anda beli dalam keadaan standard kilang,dh cukop power nk racing dekat highway(speed boleh cecah 180 km/h keatas)

2)harga pasaran yang masih tinggi walaupun kereta dah berusia

3)dpt tingkatkan status kekayaan diri...evo mahal siot!!

4)dapat berbual dengan rakan anda begini
    PEMILIK WIRA: "kereta aku kenapa la macam si*l je dekat corner?paling laju pon 100km/h je,itu pon dah nak terbabas!!!"
 
    PEMILIK EVO: hahaha!(gelak riak)..."kereta aq men dekat corner lipat 150km/h rilek je...pegang stering sebelah tangan je pulak tu!!!"

5)ha!yang ini sebab utama(bagi golongan lelaki la)
    dapat usha awek-awek yang cun melecun sebab pki kete evo(y tak hensem pon jadik hensem sbab pki evo)




ini kereta abang aku:)
akhir kata,kereta jenis ni memang superb la!!legend!!!

Friday, 19 August 2011

aidilfitri menjelma lagi

kebomm kebabom!!!!
camtu lah memekaknya bunyi mercun kat kawasan rumah aku ni....memang pedup je dengar diorang semua main!!!!!!!!....tak ape la nak raya kan?kalo sunyi je tak best la pulak.

Macam biasa la,nak dekat raya ni kalau kita bukak radio mesti dengar lagu raya je...so kat sini pun aku nak dengar lagu raya kesukaan aku(padahal tak tahu nak tulis apa kat entri ni)

Monday, 18 July 2011

2012 new toyota yaris





source:desktopmachine.com

terangsang gile pandang bende ni

NI BUKAN BENDE PELIK-PELIK SEPERTI YANG ANDA FIKIR YA....



ni suma bende yang boleh buat aku rasa macam orang gila bila aku pandang....ni impian yang belum dapat direalisasikan lagi :(

kalau ada la sesape yang kasik kat aku stor macam ni kat aku,kompem aku akan jadikan  dia member sejati!!!

Sunday, 17 July 2011

top gear MP4-12C vs. Ferrari 458 Italia



video ni aku jumpe masa tengah layan YOUTUBE....

aku memang suka tengok MCLAREN ni,kira kereta idaman aku sekarang la....he3



source:YOUTUBE

lego porsche yang menakjubkan

Wednesday, 13 July 2011

kuning

AWAS!!!!INI BUKAN PASAL BENDE2 OTAK KUNING YE....


aku nak citer pasal 2 bende kuning yang aku tengok dlam satu malam yang indah!!!


bende first ni ha....


abah baru je beli tadik...satu bonet kereta penuh durian je abah borong!!!!lepas makan macam bese la,PANAS je badan....nanti2,sesape yang tak tahan bau durian jangan datang rumah aku oke..rumah ni memang asyik bau durian je!!!hak3



ni bende kuning yang kedua...



see the malaysia shirt there???malaysia lawan arsenal la ni....layan online je,asyik-asyik bufferring je!!!tak ape la,janji rock!!!

     Tapi yang tak rock nyer Malaysia kalah la pulak 4-0....so dengan muka 'separuh' hampa(sebab i'am gunners fan)terpaksa la siap-siap nak pergi tidur....layan mimpi-mimpi indah(mimpi bawak FERRARI siot!!!)

esok nak sekolah,so...gudnite!!!

Thursday, 7 July 2011

MALAYSIA VS ARSENAL,LIVERPOOL dan CHELSEA

 





pedih betul bila aku tengok 3 gamba ni.....


nak tahu persamaan 3 gamba ni? jawapan dia senang je.....

A. buat hati aku sakit
     B. buat aku asyik terbayang VAN PERSIE kat depan mata
C. buat aku rasa nak menangis tanpa henti sebab tak dapat pergi tengok
D. semua player2 dia muka bajet je...hak3






Saturday, 2 July 2011

BERSIH la sangat....

Tiba-tiba asyik nak tergelak je aku bile baca paper beberape hari ni....NAK TAHU SEBAB DIE???


KLIK SINI....


Lepas baca apakah reaksi anda?menyokong atau membantah?
   bagi saya yang masih belum cukup umur nak mengundi ni mengatakan bahawa saya membangkang perkara ini sekeras-kerasnya!!!adakah ini caranya untuk rakyat menyatakan pendapat mereka?dengan berhimpun beramai-ramai?sudah tidak ada cara lain ke nak nyatakan suara anda semua?Adakah ini cara pemerintahan politik yang anda mahukan?Adakah anda mahu melihat pemilihan pemimpin sesebuah negara melalui demokrasi jalanan?




SAYA RASA HANYA ANDA SAHAJA YANG MAMPU BERFIKIR APAKAH PILIHAN ANDA.....renung-renungkan

Saturday, 25 June 2011

Thursday, 23 June 2011

disko bergerak

 ni sume lampu-lampu LED yang baru je aku pasang,tujuan lampu ni dipasang hanya untuk menghias kereta sahaja bukan untuk menunjuk!!!!!!keh3....meriah-meriah!!!

Sunday, 19 June 2011

mari "silaukan" kereta anda

ADAKAH ANDA MAHU KERETA ANDA SENTIASA KELIHATAN DALAM KEADAAN  BERKILAT?JIKA YA,BACA DIBAWAH...
    Untuk pengetahuan semua pemilik kereta,penjagaan kereta memang kadang kala memang amat menyusahkan!tapi,percayalah kerana hasil penat lelah anda menjaga kereta anda akan membuahkan hasil terutama apabila anda ingin menjualnya kembali....(harga tinggi beb!!!)


     kali ni aku nak kongsi sedikit tips untuk menjaga kenderaan anda.Untuk pengetahuan anda,kadang kala memang berbaloi mengeluarkan sedikit peluh membasuh kereta anda sendiri daripada mengeluarkan rm9-10 untuk membasuh kereta anda di kedai mencuci kereta berdekatan anda.Ianya amat berbaloi kerana selain dapat mengeluarkan peluh ketika mencuci kereta,(dapat menyihatkan badan)kereta anda pastinya akan lebih terjamin kebersihannya kerana apabila kita membasuhnya sendiri pastinya kita akan membasuhnya dengan lebih teliti berbanding ketika dicuci di carwash.

     Ketika sedang membasuh kereta,pemilihan sabun yang digunakan perlulah di ambil berat kerana setiap jenis sabun pencuci yang berada di pasaran mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Perhatian kepada anda,jangan lah sesekali mencuba untuk menggunakan sabun pencuci pakaian kerana ianya mempunyai bahan yang boleh melunturkan warna cat kereta anda.Kenderaan anda perlulah dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu untuk membersihkan kekotoran yang melekat pada kereta anda.

     Untuk menjamin kebersihan yang lebih terjamin,sapukan lapisan pengilat liin(WAX)pada cat kereta anda selepas dicuci.WAX ini bertindak sebagai pelindung kepada lapisan cat kereta anda daripada terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan yang boleh mengakibatkan cat menjadi pudar.Sapukan secara berpusar untuk memastikan kesemua bahagian kereta disapu WAX dengan rata.AWAS!!!JANGAN MELAKUKAN PROSES WAXING INI DI KAWASAN YANG PANAS TERIK YE!

formula menjaga kereta anda adalah semudah ini:

                         BASUH+WAX=kereta anda akan berkilat punyer!!!

*saya sudah mencuba formula ini,dan hasilnya kereta SAGA LMST oren ni selalu dipuji orang kerana masih kelihatan cantik walaupun telah dah berumur 5 tahun.....keh3(melayu mudah riak)

Saturday, 11 June 2011

cuti-cuti yang begitu sekejap

   Hari ni dah masuk hari terakhir cuti untok budak-budak sekolah yang hensem macam aku ni.Jadik masa camni mula lah badan rasa berat je nak bergerak!aku ingat aku sorang je yang rasa macam tu,rupenyer ramai lagi membe seperjuangan yang rase camtu jugak!
  kan best kalo kat MALAYSIA ni student boleh cuti suke hati nenek tiri diorang je....tapi kalo macam tuh kompem sampai tua tak abes-abes aku belajar!umur dah 30 baru abes belajar...memang tak boleh bla!!!hahaha
  Tapi disebabkan aku ni masih seorang rakyat yang sentiasa mengikut peraturan,jadik terpaksa la aku pegi ke sekolah hari isnin ni.Kat sana aku kene belajar betul2 untuk mencapai cita2 aku yang hebat ni.
  Jadik isnin ni kene la aku yang hensem dan gagah ni mulakan mood untuk buat balik aktiviti harian aku tuh!masalah-masalah....


P/s:minggu ni result periksa keluar...so,mampus la aku!!!hahaha

Thursday, 9 June 2011

facebook atau masa depan?

 Dah lame gila tak update blog ni,sampai ada orang yang komen!hahaha(harap maaf kepada beliau tu).kali ni nak citer pasal satu-satunye bende paling dasyat akan aku buat(bukan terjun bangunan ye),aku dengan rasminya akan men deactivated akaun facebook aq!
 Jadi,kepada mereka yang mungkin sedih dengan keputusan aku yang hebat ni harap jangan risau ye!!akaun ni tidak akan di deactivated sebaliknya akan hanye aku biarkan tanpa dibuka untuk 4 bulan ini.
akaun ni aku takkan private sebab nanti takot ada yang rindu nak tengok muke aku kan(mana la tau...hahaha)jadi,korang boleh la bukak-bukak gamba aku yang hensem ni.
 Tujuan aku tak nak main FB lagi sebenarnye nak concentrate kat study aku yang semakin hari semakin hancos dan hancos!aku fikir kalau satu hari 3 jam aku main fb sebelum ni,mungkin aku dapat tukar masa tu untok study atau buat aktiviti dengan family dan kawan-kawan aku.Aku rasa mungkin ni antara cara terbaik untok menjamin masa depan aku yang aku rasa makin hari makin gelap ni.Aku tak nak lagi jadik student yang boleh digelar sebagai blurrr!!!aku nak jadik student yang gile pandai!!!
 So,kepada keluarga,cikgu2 aku n member2 tolonglah bantu aku yang lemah ni....marah la kat aku kalau aku buat bende yang salah!!!sebab aku ni x dapat bezakan bende yang salah atau betul.SAYA HANYA INSAN LEMAH YANG SUKA MAKAN NASI...hahahaha



p/s:ingat FB tu aku online pada waktu tertentu je oke!bulan 8 ni sekali(ada hari penting!!!hehehe)dan time raya nanti kot...

Thursday, 2 June 2011

buat malu saje!!

 Tergelak besa sebesarnyer hari ini bila aku bace satu artikel kat satu surat khabar yang memang feymes kat malaysia ni yang bertajuk "MENGAKU RASUAH".
 korang suma mesti ingat aku nak citer pasal pak menteri makan rasuah kan???jangan harap ye!!kat blog ni bebas dari masalah yang berkaitan politik ye.Sebenanyer artikel tu ditulis mengenai pengakuan seorang bekas pemain pasukan bola T-team liga malaysia yang mengaku mengambil rasuah untuk memastikan pasukan dia kalah dalam sebuah perlawanan.Beliau mengaku dibayar dalam lingkungan rm2000 dalam sebuah perlawanan bola.
 Dia yang mengaku menerima wang itu daripada bookie itu mengatakan yang beliau mula terjebak menerima rasuah akibat dari pengaruh rakan yang sering menghasutnya,dia juga sering menggunakan duit haram itu untuk hidup seperti orang kaya dengan membeli pakaian mahal dan makan di restoran mewah!!!
  Selepas kantoi akhirnya baru dia sedar betapa lemahnya iman dia kerana menerima wang haram itu....kalo dah kantoi baru nak menyesal baik tak payah!!!


p/s:biarlah hidup cukup-cukup makan je asalkan duit yang kita gunakan tu datang dari hasil yang halal....
 

Wednesday, 1 June 2011

tiba-tiba minat pulak kat lagu ni

so layan ye...

retak sudah



     Nampak tak retak kat cermin tu?ni lah padah jika anda follow lori atau bas dekat-dekat.Cermin ni jadik mangsa batu sebesar penumbuk aku yang tiba-tiba melantun dari sebuah lori yang bersaiz seperti seekor dinasour(cuma lori tu tak ada ekor je,kalau ada ekor kompem aku lah orang pertama yang lari dulu).batu tu melantun dengan hensemnya terus kat cermin kereta ni,nasib lah kereta ni pakai cermin double layer+tinted,jadik tak ada la die pecah berderai kat tempat kejadian.Tapi yang penting memang retak la hati aku bile tengok cermin ni jadik camni.

Saturday, 28 May 2011

rempit lah diwaktu,tempat & cara yang betul

hari ni aku tetibe nak tulis pasal masalah rempit ni,
   rempit ni kirenyer boleh dikategorikan sebagai sumber ekonomi negara,kerana.............ramai yang mati eksiden(so majulah industri kain kapan dan batu nisan..hu4).Ada banyak tempat atau port-port race diorang,macam kat highway,kat tengah jalan n tepi jalan???(yang dah eksiden la).
  tapi kalo kite pikirkan mmg terlampau banyak akibat apabila merempit ni,ye la...bayangkan bile tengah syok-syok rempit tu tiba-tiba tayar pecah ke,kan x sia-sia dh cium jalan tar!!!orang cium mak bapak la lagi bagos la.
  tapi kalo anda ni memang hidup dah tak paham bahase melayu(tetap nak rempit gak!!!!)teruskan lah minat anda tu....tapi rempit mesti pakai motor sendiri ye!!bukan motor abang atau ayah ye...aku sendiri pon penah gak join gejala merempit ni,tapi aku buat kecil-kecilan je!aku selalu race dengan membe-membe sekolah aku je.....itupun kitorang rempit paling laju pon 140km/h je...(...hu4)
  rempit macam aku ada cara dia,aku mengamalkan rempit yang selamat dengan race kat jalan-jalan yang sunyi,tak ada kenderaan lain,pada waktu-waktu bukan puncak dan dikawasan jalan yang cantik(x berkawah-kawah la maknenyer)....dan menggunakan motorsikal yang terjamin status halalnya!!!(selamat la untok ditunggang...ada brek yg ok ye)sehingga sekarang aku selalu merempit dengan berhati-hati kerana bak kempen kerjaan tu "tungganglah dengan selamat,ingatlah orang yang tersayang".

p/s:majulah rempit untuk industri kain kapan dan batu nisan negara!!!

Friday, 27 May 2011

duniawi...

yesss!!!akhirnya dapat jugak aku main game.
              2 minggu yang amat menyeksekan hati,fizikal dan rohani aku bila tak dapat main game ni sebab ada periksa pertengahan tahun yang amat memeningkan urat2 kat tangan dan otak aku!!
              hari ni je aku dah 2 jam main game ni tanpa henti!!!dah abes dalam 4 mission tau!!!tapi lepas main sekali siap la....mula la gian tahap gaban level 20 nak main balek esoknyer.pastu siaplah bil elektrik rumah aku melambung-lambung(kalah meter air paip laju die!!!!)
              tapi semua ni hanya hiburan duniawi sahaja,lepas ni aku akan try nak kurangkan main menatang ni!!!betol la cakap akak aku, "study lebih penting dari game".so,aku akan main menatang ni hanya pada waktu tertentu je(hari cuti,time tension,dalam mimpi,etc.)
              tapi aku still tak saba menanti sume mission yang ada dalam game ni abes....coz laptop ni pon dh start berat dan berat!!!huhuhuhu

ouch!!!TIDAK!!!

                       (gambar ni masa moto aku baru abah kasik kat aku...standed gila!!!)
selepas hampir setahun aku lenjan moto kriss dengan jayanya,tiba-tiba aku nampak cat moto ni makin hari makin        buruk!cat mula terkopek sini sane...dan yang paling pedih bila satu hari aku balik sekolah je tengok-tengok dekat tempat aku parking tu.....BERDERAI!!!cover set bertaburan di sane sini....rupe-rupenyer ade mahkluk tuhan yang mane satu pon aku x tau!!!telah melanggar moto aku dengan jayanya!!!
  selepas selesai mencarut(#&%%$%#%$)selama hampir 15 minit kat parking tu,aku pon start moto pegi balik umah.sampai-sampai je kat umah.....HAHAHAHA!!!adek aku gelak,memang bertambah-tambah panas hati aku!!!(sebaek kau adik aku,kalo ko kucing aku ke dh lame kene lempang lelaju!!!!)
  tak lama lepas hari kejadian(pehhh!!macam kes pembunuhan lak...)aku pon pegi la kat sebijik kedai makan...eeehhh!!!kedai spare part moto.dengan muka bangge aku telah berjaya memborong sekotak coverset yang baru!!!warna biru metalik lagi....dgn bantuan membe aku,moto kriss ni pon siap bertukar badan.
  TAPI!!!!LEPAS 4 BULAN AKU MODIFIED MOTO NI....TIBE2 AKU TERJUMPE SEBIJI MOTO YANG TIRU MOTO AKU NI!!!SEJIBIK GILER!!!.....manusia oh manusia!!!!

p/s:tolong la jangan meniru idea aku ni!!!

Sunday, 22 May 2011

rakyat MALAYSIA memang kreatif

*sebelom anda membaca entri ni,diharapkan anda tidak akan menjadi terkejot tahap beruk ye!

    jika anda lihat gambar kereta di atas secara sekali imbas mungkin anda akan mengatakan ianya merupakan kereta spesis subaru impreza kan???klik disini jika anda tak tau kete apekah impreza itu(kereta sorong ke???)sebenarnya kereta diatas merupakan salah sebuah kereta nasional kita iaitu PROTON SAGA LMST.(readers respons:OMG/nak menipu pon agak-agak la!!!)
    tak ade keje la aku yang hensem ni nak menipu korang sume!ni memang kereta proton saga la.sebenarnya aku terjumpa gambar kereta ni kat facebook seorang lelaki yang hensem(tapi aku lagi hensem...hak3).lepas tengok gambar ni aku dapat sahkan yang memang rakyat MALAYSIA ni memang kreatif-kreatif belaka!!!ade je idea diorang nak menjadikan kereta diorang lain daripada yang lain...ada yang boleh buat kereta diorang jadik cam transformers pon ada...(nampak tipunyer!!!)
   ALAMAK!mentol kat kepala tiba-tiba dh tak kelip-kelip lagi la.idea nak menulis tibe-tibe dah tak ade!!!so sampai kat sini je la aku nak merepek ya,diharapkan tidak ada yang sakit jantung tengok gambar kereta diatas....(readers:dah la...berenti la merepek budak oiii!!!)

Saturday, 21 May 2011

hasil yg boleh dibanggakan!

                                               (seminggu lps kuar showroom)
  Ni nak citer sket psal saga oren ni(ade org cakap warna merah ni...),actually kete ni abah aku yg punyer.beli tahun 2006 kot...time nk raya(raya balik kampung kete baru seyh!!!).pastu dlm masa sebulan yg pertama tibe2 aku ade idea nak modified kete ni...coz aku tgk kete ni same je ngan saga orang lain!!!
  kat situ la start hobi aku ni,first2 sekali aku pergi tukar tinted die(kasik garang sket!!!rabak rm300)pastu aku tuka la macam lagi sampai sekarang...skang ade la berubah sikit bentuk die(x same dah ngan kete saga orang yang dok kat area rumah aku ni...hahaha).....dan duit yg dh ditelan????hahahaha soalan yg x perlu ditanye(pham2 jela)
  tapi sume duit yg aku abiskan tok modi kete ni(sampai sanggup  tak makan time rehat kat sekolah!!!simpan duit punyer pasal...)mmg banyak!!!sampai ada orang cakap membazir...tapi nak buat camne,dah minat la!!!tapi memang puas bila ada orang puji kereta ni...hahahaha:)

bile driver f1 berlakon....

blog????pebende tu???

    pehhh...dok bawah batu tol sape yg x tau blog ni pe!!!hahahaha,even my 54 years old father pon tau ape tu blog.mengikut kajian adek aq,blog ni berasal drpd sejenis batu(bkan batu caves)iaitu.......batu blog!!!hahaha(readers respons:mmg sah gile mamat ni!!!).
    blog ni mmg smakin ari makin feymes,so atas nasihat somebody aq tlah pon berjaya membina my 1st blog call sagas goes crazy!!!mesti korang ingat pebende la yg gile ni...hahahaha!!!actually name ni tibe2 je aq dpat(tibe2 kuar mentol kelip2 cam lampu dangdut kat kepala)....sagas tu bermakna proton saga+super=sagas...(cam bgoz) n goes crazy tu sbab aq ni spesis kaki kete(even still skola menengah),n sbab nk tgk kete saga LMST tu jadik cun giler,macam2 aq wat smpi kene keje jadik kuli ayah aku!!!so that why aq jadik giler....
  tu je yg aku nak tulis awal-awal ni,mentol x kelip2 lagi la(xde idea nak tulis pe la tu!!!)nanti bile die dh kelip blek aq start la merepek balek kat sini.hehehe