Saturday, 25 June 2011

Thursday, 23 June 2011

disko bergerak

 ni sume lampu-lampu LED yang baru je aku pasang,tujuan lampu ni dipasang hanya untuk menghias kereta sahaja bukan untuk menunjuk!!!!!!keh3....meriah-meriah!!!

Sunday, 19 June 2011

mari "silaukan" kereta anda

ADAKAH ANDA MAHU KERETA ANDA SENTIASA KELIHATAN DALAM KEADAAN  BERKILAT?JIKA YA,BACA DIBAWAH...
    Untuk pengetahuan semua pemilik kereta,penjagaan kereta memang kadang kala memang amat menyusahkan!tapi,percayalah kerana hasil penat lelah anda menjaga kereta anda akan membuahkan hasil terutama apabila anda ingin menjualnya kembali....(harga tinggi beb!!!)


     kali ni aku nak kongsi sedikit tips untuk menjaga kenderaan anda.Untuk pengetahuan anda,kadang kala memang berbaloi mengeluarkan sedikit peluh membasuh kereta anda sendiri daripada mengeluarkan rm9-10 untuk membasuh kereta anda di kedai mencuci kereta berdekatan anda.Ianya amat berbaloi kerana selain dapat mengeluarkan peluh ketika mencuci kereta,(dapat menyihatkan badan)kereta anda pastinya akan lebih terjamin kebersihannya kerana apabila kita membasuhnya sendiri pastinya kita akan membasuhnya dengan lebih teliti berbanding ketika dicuci di carwash.

     Ketika sedang membasuh kereta,pemilihan sabun yang digunakan perlulah di ambil berat kerana setiap jenis sabun pencuci yang berada di pasaran mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Perhatian kepada anda,jangan lah sesekali mencuba untuk menggunakan sabun pencuci pakaian kerana ianya mempunyai bahan yang boleh melunturkan warna cat kereta anda.Kenderaan anda perlulah dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu untuk membersihkan kekotoran yang melekat pada kereta anda.

     Untuk menjamin kebersihan yang lebih terjamin,sapukan lapisan pengilat liin(WAX)pada cat kereta anda selepas dicuci.WAX ini bertindak sebagai pelindung kepada lapisan cat kereta anda daripada terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan yang boleh mengakibatkan cat menjadi pudar.Sapukan secara berpusar untuk memastikan kesemua bahagian kereta disapu WAX dengan rata.AWAS!!!JANGAN MELAKUKAN PROSES WAXING INI DI KAWASAN YANG PANAS TERIK YE!

formula menjaga kereta anda adalah semudah ini:

                         BASUH+WAX=kereta anda akan berkilat punyer!!!

*saya sudah mencuba formula ini,dan hasilnya kereta SAGA LMST oren ni selalu dipuji orang kerana masih kelihatan cantik walaupun telah dah berumur 5 tahun.....keh3(melayu mudah riak)

Saturday, 11 June 2011

cuti-cuti yang begitu sekejap

   Hari ni dah masuk hari terakhir cuti untok budak-budak sekolah yang hensem macam aku ni.Jadik masa camni mula lah badan rasa berat je nak bergerak!aku ingat aku sorang je yang rasa macam tu,rupenyer ramai lagi membe seperjuangan yang rase camtu jugak!
  kan best kalo kat MALAYSIA ni student boleh cuti suke hati nenek tiri diorang je....tapi kalo macam tuh kompem sampai tua tak abes-abes aku belajar!umur dah 30 baru abes belajar...memang tak boleh bla!!!hahaha
  Tapi disebabkan aku ni masih seorang rakyat yang sentiasa mengikut peraturan,jadik terpaksa la aku pegi ke sekolah hari isnin ni.Kat sana aku kene belajar betul2 untuk mencapai cita2 aku yang hebat ni.
  Jadik isnin ni kene la aku yang hensem dan gagah ni mulakan mood untuk buat balik aktiviti harian aku tuh!masalah-masalah....


P/s:minggu ni result periksa keluar...so,mampus la aku!!!hahaha

Thursday, 9 June 2011

facebook atau masa depan?

 Dah lame gila tak update blog ni,sampai ada orang yang komen!hahaha(harap maaf kepada beliau tu).kali ni nak citer pasal satu-satunye bende paling dasyat akan aku buat(bukan terjun bangunan ye),aku dengan rasminya akan men deactivated akaun facebook aq!
 Jadi,kepada mereka yang mungkin sedih dengan keputusan aku yang hebat ni harap jangan risau ye!!akaun ni tidak akan di deactivated sebaliknya akan hanye aku biarkan tanpa dibuka untuk 4 bulan ini.
akaun ni aku takkan private sebab nanti takot ada yang rindu nak tengok muke aku kan(mana la tau...hahaha)jadi,korang boleh la bukak-bukak gamba aku yang hensem ni.
 Tujuan aku tak nak main FB lagi sebenarnye nak concentrate kat study aku yang semakin hari semakin hancos dan hancos!aku fikir kalau satu hari 3 jam aku main fb sebelum ni,mungkin aku dapat tukar masa tu untok study atau buat aktiviti dengan family dan kawan-kawan aku.Aku rasa mungkin ni antara cara terbaik untok menjamin masa depan aku yang aku rasa makin hari makin gelap ni.Aku tak nak lagi jadik student yang boleh digelar sebagai blurrr!!!aku nak jadik student yang gile pandai!!!
 So,kepada keluarga,cikgu2 aku n member2 tolonglah bantu aku yang lemah ni....marah la kat aku kalau aku buat bende yang salah!!!sebab aku ni x dapat bezakan bende yang salah atau betul.SAYA HANYA INSAN LEMAH YANG SUKA MAKAN NASI...hahahaha



p/s:ingat FB tu aku online pada waktu tertentu je oke!bulan 8 ni sekali(ada hari penting!!!hehehe)dan time raya nanti kot...

Thursday, 2 June 2011

buat malu saje!!

 Tergelak besa sebesarnyer hari ini bila aku bace satu artikel kat satu surat khabar yang memang feymes kat malaysia ni yang bertajuk "MENGAKU RASUAH".
 korang suma mesti ingat aku nak citer pasal pak menteri makan rasuah kan???jangan harap ye!!kat blog ni bebas dari masalah yang berkaitan politik ye.Sebenanyer artikel tu ditulis mengenai pengakuan seorang bekas pemain pasukan bola T-team liga malaysia yang mengaku mengambil rasuah untuk memastikan pasukan dia kalah dalam sebuah perlawanan.Beliau mengaku dibayar dalam lingkungan rm2000 dalam sebuah perlawanan bola.
 Dia yang mengaku menerima wang itu daripada bookie itu mengatakan yang beliau mula terjebak menerima rasuah akibat dari pengaruh rakan yang sering menghasutnya,dia juga sering menggunakan duit haram itu untuk hidup seperti orang kaya dengan membeli pakaian mahal dan makan di restoran mewah!!!
  Selepas kantoi akhirnya baru dia sedar betapa lemahnya iman dia kerana menerima wang haram itu....kalo dah kantoi baru nak menyesal baik tak payah!!!


p/s:biarlah hidup cukup-cukup makan je asalkan duit yang kita gunakan tu datang dari hasil yang halal....
 

Wednesday, 1 June 2011

tiba-tiba minat pulak kat lagu ni

so layan ye...

retak sudah



     Nampak tak retak kat cermin tu?ni lah padah jika anda follow lori atau bas dekat-dekat.Cermin ni jadik mangsa batu sebesar penumbuk aku yang tiba-tiba melantun dari sebuah lori yang bersaiz seperti seekor dinasour(cuma lori tu tak ada ekor je,kalau ada ekor kompem aku lah orang pertama yang lari dulu).batu tu melantun dengan hensemnya terus kat cermin kereta ni,nasib lah kereta ni pakai cermin double layer+tinted,jadik tak ada la die pecah berderai kat tempat kejadian.Tapi yang penting memang retak la hati aku bile tengok cermin ni jadik camni.