Banner created with MyBannerMaker.com

Sunday 19 June 2011

mari "silaukan" kereta anda

ADAKAH ANDA MAHU KERETA ANDA SENTIASA KELIHATAN DALAM KEADAAN  BERKILAT?JIKA YA,BACA DIBAWAH...
    Untuk pengetahuan semua pemilik kereta,penjagaan kereta memang kadang kala memang amat menyusahkan!tapi,percayalah kerana hasil penat lelah anda menjaga kereta anda akan membuahkan hasil terutama apabila anda ingin menjualnya kembali....(harga tinggi beb!!!)


     kali ni aku nak kongsi sedikit tips untuk menjaga kenderaan anda.Untuk pengetahuan anda,kadang kala memang berbaloi mengeluarkan sedikit peluh membasuh kereta anda sendiri daripada mengeluarkan rm9-10 untuk membasuh kereta anda di kedai mencuci kereta berdekatan anda.Ianya amat berbaloi kerana selain dapat mengeluarkan peluh ketika mencuci kereta,(dapat menyihatkan badan)kereta anda pastinya akan lebih terjamin kebersihannya kerana apabila kita membasuhnya sendiri pastinya kita akan membasuhnya dengan lebih teliti berbanding ketika dicuci di carwash.

     Ketika sedang membasuh kereta,pemilihan sabun yang digunakan perlulah di ambil berat kerana setiap jenis sabun pencuci yang berada di pasaran mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Perhatian kepada anda,jangan lah sesekali mencuba untuk menggunakan sabun pencuci pakaian kerana ianya mempunyai bahan yang boleh melunturkan warna cat kereta anda.Kenderaan anda perlulah dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu untuk membersihkan kekotoran yang melekat pada kereta anda.

     Untuk menjamin kebersihan yang lebih terjamin,sapukan lapisan pengilat liin(WAX)pada cat kereta anda selepas dicuci.WAX ini bertindak sebagai pelindung kepada lapisan cat kereta anda daripada terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan yang boleh mengakibatkan cat menjadi pudar.Sapukan secara berpusar untuk memastikan kesemua bahagian kereta disapu WAX dengan rata.AWAS!!!JANGAN MELAKUKAN PROSES WAXING INI DI KAWASAN YANG PANAS TERIK YE!

formula menjaga kereta anda adalah semudah ini:

                         BASUH+WAX=kereta anda akan berkilat punyer!!!

*saya sudah mencuba formula ini,dan hasilnya kereta SAGA LMST oren ni selalu dipuji orang kerana masih kelihatan cantik walaupun telah dah berumur 5 tahun.....keh3(melayu mudah riak)

No comments:

Post a Comment